Episod 46 Sinetron Putri Yang Terbuang yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang setiap hari Jumaat hingga Ahad

Dibintangi oleh Pelakon:


Marshanda sebagai Putri
Rionaldo Stokhorst sebagai Raja
Raya Kohandi sebagai Linda
Chacha Frederica sebagai Tabitha
Gading Marten sebagai Febian
Meriam Bellina sebagai Asti
Dina Lorenza sebagai Yuna
Drg Fadli sebagai Carlos
Ria Probo sebagai Susan
Leily Sagita sebagai Rima
Yadi Timo sebagai Yudi

Episod 46 pada 10 Ogos 2008:

Raja meminta kebenaran daripada Vivian dan Carlos semoga dia boleh menjaga Putri sehingga sembuh. Dia juga meminta agar dia dapat memeluk mereka untuk seketika sahaja walaupun dia sedar bahawa dia bukannya anak kandung mereka. Carlos menerangkan kepada Raja bahawa mereka akan sentiasa menganggapnya sebagai anak mereka.

Putri sedar dan amat berterima kasih kepada keluarganya yang sentiasa berdoa untuknya sweaktu dia tidak sedar. Raja hairan kenapa rumah Asti dan Yudi telah disita. Yudi yang sedang duduk di tepi jalan berhampiran dengan rumah tersebut memberitahu Raja bahawa Carlos telah menyebabkan ibunya, Asti dipenjarakan.

Sewaktu melawat ibunya, Raja telah memeluk ibunya dan memaafkannya. Ibunya mengatakan dia tidak kisah lagi berapa lama tempohnya dia akan dipenjarakan asalkan Raja pergi melawatnya setiap hari.

Raja memohon agar Carlos menarik balik tuduhannya terhadap Asti supaya dia tidak dipenjarakan. Carlos enggan mendengar kata-katanya tetapi setelah Putri memintanya berbuat demikian, akhirnya Carlos sanggup menarik balik tuduhan tersebut terhadap Asti tetapi dengan satu syarat.

Carlos memanggil Raja dan berkata dia bersetuju untuk menarik tuduhan itu tetapi dengan satu syarat iaitu Raja tidak boleh menghubungi Yudi, Asti dan Linda lagi buat selamanya.

Adakah Raja akan menurut syarat yang telah diberikan oleh Carlos atau sebaliknya? Jangan lupa untuk terus mengikuti episod selanjutnya pada minggu hadapan, 15 Ogos 2008, Jumaat pada waktu yang sama.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua.

0 comments:

Post a Comment

 
Top