KONSERT AKADEMI FANTASIA MUSIM KETUJUH (AF7) BERMULA PADA MALAM INI (14/3/09)

14 pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 buat pertama kalinya akan mempamerkan kehebatan mereka malam ini. Dengan menyanyikan lagu pilihan masing-masing dan dibimbing tenaga pengajar di akademi, mampukah mereka mencipta transformasi di konsert minggu pertama? Segalanya terjawab malam ini di Konsert Akademi Fantasia 7 minggu pertama, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104)

Konsert malam ini juga akan menjawab, barisan pengkritik tetap untuk konsert mingguan. Apakah beberapa pengkritik yang pernah muncul pada musim sebelum ini akan dibawa semula atau segalanya bakal ditransformasi? Apapun, pengkritik yang dipilih diharapkan seorang yang berkaliber dan saling menghormati dalam mengeluarkan pendapat yang membina

Buat pertama kalinya juga, konsert mingguan Akademi Fantasia akan bersiaran dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Pastinya elemen baru akan ditonjolkan, bersesuaian dengan 'transformasi' yang dijanjikan. Apakah pula kelainan yang akan dipamerkan oleh AC Mizal yang sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara? Segalanya terjawab malam ini dalam Konsert Akademi Fantasia 7 minggu pertama, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104)


PROFIL/BIODATA 14 PELAJAR AKADEMI FANTASIA 7





Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Johor

Tinggi
179 cm

Berat
65 kg

Hobi
Bermain bola sepak

Pengalaman bidang hiburan
Pernah menyertai sebuah rancangan realiti

Penyanyi Idola
Jason Mraz

Impian
Menjadi penyanyi

Adik-beradik
Ketiga daripada empat beradik

Deskripsi: Jejaka lepasan SPM dari Johor ini begitu teruja untuk mengabdikan diri dalam dunia hiburan tanah air. Mempunyai bakat dan kesungguhan yang tinggi untuk memajukan diri. Kepayahan masa lalu menjadikannya seorang yang berjiwa kental

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Menyanyi pada umur 7 tahun dan ibu saya menyuruh supaya jangan menyanyi kerana suara saya sumbang.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Bermain bola dan bermain gitar (sikit-sikit)

Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya dalam hidup dan menjadi penyanyi.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Stacy kerana dia mempunyai stamina atau tenaga yang luar biasa.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada.

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Mendapat motorsikal.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Mengambil peperiksaan SPM

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Berpindah ke rumah baru kerana penat memunggah barang.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa
Pilihan Raya Umum

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Mencari kerja dan menunggu surat kemasukan atau sambung belajar.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menghalau Israel dari bumi Palestin.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Memajukan pasukan bola sepak Malaysia, kerana bola sepak Malaysia jauh ketinggalan dan cara permainan yang lapuk.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (1 sahaja) Kenapa?
Ibu, sebab dia susah payah membesarkan saya.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Kucing dan namanya Tom sebab saya suka kucing.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Saya nak jadi Helang, sebab dapat terbang tinggi dan tiada bahaya dari pemangsa.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Bakat nyanyian
Berkeyakinan tinggi
Bersungguh-sungguh






Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Ulu Tiram, Johor

Tinggi
174cm

Berat
60kg

Hobi
Main alat muzik

Pengalaman bidang hiburan
Hanya menyertai kegiatan seni di peringkat sekolah dan universiti.

Penyanyi Idola
Mawi, Anuar Zain

Impian
Usahawan berjaya.

Adik-beradik
Keenam daripada 10 beradik

Deskripsi: Bekas mahasiswa dalam bidang Ekonomi ini sangat berbakat dalam bidang nyanyian. Bukan sekadar itu, malah turut mempunyai bakat yang besar dalam bermain alat muzik dan menari. Dia menyimpan cita-cita yang begitu tinggi untuk berjaya dalam bidang yang diceburi

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
Ketika menyertai pertandingan syair peringkat daerah semasa di sekolah rendah tapi dah lupa lirik semasa kali pertama sebab gugup. Tetapi tahun kedua mendapat tempat ketiga.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Hanya kelas koir semasa kerja praktikal di syarikat UEM World.

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Selain nyanyian, saya boleh bermain alat muzik seperti gitar, angklung, kolintang, piano, drum dan percussion. Selain itu, saya boleh berlakon, menari, melukis dan mencipta lagu.

Apakah matlamat hidup anda?
Menjadi seorang berjaya dalam kerjaya (usahawan), anak yang soleh, yang dapat membela nasib keluarga.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi, dan Vince.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada.

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
Mendapat segulung ijazah, dapat membeli kereta sendiri dan dapat bersama keluarga semasa hari raya dan cuti-cuti umum.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda mengalami?
Tiada.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Mendapat segulung ijazah dan dapat bersama keluarga sesame hari raya.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007 – 2008.
Pilihan raya umum, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan lee Chong Wei mendapat gelaran Datuk.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
Ada dua pilihan iaitu yang pertama, sama ada bekerja semula di Public Bank atau yang kedua, bekerja di UEM World.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menjadikan dunia ini aman tanpa peperangan, bebas dari bom nuclear yang akhirnya tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Malaysia masih belum mencapai tahap kebersihan alam sekitar yang sangat bagus. Kita boleh melihat sendiri mentaliti masyarakat yang masih tidak menjaga alam sekitar.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama (1 sahaja). Kenapa.
Ayah sebab nak balas jasa pengorbanan menjaga, membesarkan dna mendidik saya sehinggalah saya berjaya.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya. Kenapa?
Hamster, nama ialah Upin dan Ipin sebab comel dan senang dijaga.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Burung sebab boleh terbang bebas dan senang nak cari makan.

Sebutkan tiga asset yang ada pada diri anda.
Rupa (sempurna).
Suara (menyanyi).
Bakat (kreatif).




Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Kuching, Sarawak

Tinggi
170cm

Berat
68kg

Hobi
Memancing

Pengalaman Bidang Hiburan
Menyertai pertandingan nyanyian di Kuching, Sarawak.

Penyanyi Idola
Faizal Tahir

Impian
Berjaya dalam pelbagai bidang satu hari kelak.

Adik-beradik
Sulung daripada tiga beradik

Deskripsi: Anak muda dari Sarawak ini mula menyanyi sejak umur 10 tahun. Mendapat dan mengasah bakat melalui pelbagai pertandingan nyanyian di sekitar Kuching. Bukan sekadar menyanyi, dia juga mampu memasak dengan baik

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Semasa umur saya 10 tahun, itulah kali pertama saya menyanyi di kahlayak ramai ketika menyambut hari jadi nenek saya di majlis besar-besaran.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Memasak di dapur.

Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya dalam hidup

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Kaer, Vince, Bob dan Aizat.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Mendapat tawaran memasuki Akademi Fantasia

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Tiada

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Kenangan manis saya ialah ketika keinginan saya untuk mendapat lesen memandu tercapai oleh ayah saya.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Kenaikan harga minyak
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50
Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Menyambung pelajaran saya

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Saya ingin memberhentikan peperangan di dunia dan membawa keamanan.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Saya ingin meletakkan industri muzik Malaysia ke persada dunia.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama?(1 sahaja) kenapa?
Saya akan membawa bendera Malaysia dan ingin memasak masakan Malaysia di bulan.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Saya ingin memelihara hamster dan di beri nama Coco. Ini kerana saya ingin melihat
Hamster tersebut memahami kehendak tuannya seperti dalam filem Home Alone 3.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Helang, kerana helang mempunyai penglihatan yang tajam, mempu terbang dengan tinggi dan bebas dan kuat.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Peramah
Suka mencuba sesuatu yang baru
Tidak mudah putus asa.




Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Kuala Lumpur

Tinggi
175cm

Berat
59kg

Hobi
Mereka grafik

Pengalaman bidang hiburan
Mengacara, menyanyi, berlakon teater.

Penyanyi Idola
Once – Dewa

Impian
Menjadi seorang yang berjaya.

Adik-beradik
Ketiga daripada empat beradik

Deskripsi: Adik kepada seorang penyanyi popular ini turut mengikut jejak abangnya untuk menyanyi. Pengaruh dan sokongan keluarga menjadikan dia begitu bersemangat untuk menjadi seorang penghibur. Seorang yang mudah mesra dengan orang sekeliling

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
Tak ingat. Tapi masa mula-mula nyanyi makcik suka komen suara sengau waktu kecil

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah.

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Mereka grafik, berlakon, menari shuffle, mengacara rancangan, berjenaka.

Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya dalam hidup dan menjadi seorang yang berjaya dalam bidang grafik dan keusahawanan.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi, Felix dan Zahid.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada.

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
Melancong ke Brunei dan melakukan rakaman bagi rancangan Remaja sambil melalui pengalaman menarik di sana.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda mengalami?
Untuk memiliki barang idaman seperti handphone, laptop. Nak cari duit bukan main susah tiba-tiba dapat beli, handphone hilang kena curi.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Manis – diberi peluang untuk menjadi calon pelajar AF
Pahit – kemalangan dan patah kaki akibat main bola

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007 – 2008.
Menjuarai pertandingan shuffle antarabangsa di Time Square, menjadi idola kepada remaja yang gemar tarian shuffle.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
Bekerja sebagai projek graphic designer dan meneruskan cita-cita saya menjadi usahawan yang berjaya.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Mengetengahkan seni tarian shuffle di mata dunia dan sekali gus menolak pemikiran negatif masyarakat kepada tarian ini dan menjadikan Malaysia pusat perhimpunan belia terbesar di dunia sekaligus mempromosi Malaysia.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Menyamaratakan seluruh kaum di Malaysia dari segi pangkat dan darjat, menangkis persepsi masyarakat terhadap golongan belia yang gemar pada shuffle dan muzik.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama (1 sahaja). Kenapa?
Pakar tentang agama, pakar tentang angkasa, pakar tentang bulan, dan yang penting dia seorang yang beragama Islam.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya. Kenapa?
Seekor kuda putih yang diberi nama Kuntum. Boleh jalan-jalan ke merata tempat tanpa cukai. Hahaha…

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Burung helang – tiada ancaman, hensem, megah di angkasa.

Sebutkan tiga asset yang ada pada diri anda.
Kelakar.
Mata sepet.
Telinga capang




Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Kuala Lumpur

Tinggi
171cm

Berat
53kg

Hobi
Futsal

Pengalaman bidang hiburan
Tiada

Penyanyi Idola
M. Nasir, Jamal Abdillah, Bob Marley, Ramli Sarip

Impian
Menjadi usahawan yang sangat berjaya.

Adik-beradik
Kedua daripada empat beradik
Deskripsi: Berkulit hitam manis dan bertubuh kecil menjadikan jejaka ini nampak comel di pentas. Senyumannya mampu mencairkan hati gadis yang memandang. Mempunyai latar belakang agama yang kukuh dan sering mewakili sekolah dalam bidang Tilawah Al-Quran sebelum ini

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
Menyanyi di rumah bersama family.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Tlawah Al-Quran

Apakah matlamat hidup anda?
Mepunyai business sendiri dan family yang bahagia

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Marsha

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Kehilangan ayah tercinta.

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
Bersama keluarga.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda mengalami?
Tiada.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Setiap tahun mewakili sekolah dalam tilawah Al-Quran dan menjadi johan dan naib johan.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007 – 2008.
Kemangkatan yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pilihan raya dan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
Meneruskan perniagaan.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Tidak mahu peperangan berlaku, dan semua orang hidup dalam bahagia.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Perbanyakan kerja amal kerana saling dapat membantu.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama (1 sahaja). Kenapa.
Norasyuhrah (adik bongsu) kerana ketika arwah ayah masih hidup pernah berkata ‘Jika rindu ayah, lihat bulan penuh’.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya. Kenapa?
Kucing namanya Comel kerana kucing binatang yang manja.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Tak nak jadi haiwan, kalau terpaksa nak jadi panda sebab dilindungi dan manusia suka kerana keunikan dan manja.

Sebutkan tiga asset yang ada pada diri anda.
Keluarga yang tercinta
Adik-beradik
Rakan-rakan





Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Berkahwin

Asal
Perak

Tinggi
184cm

Berat
80kg

Hobi
Menyanyi

Pengalaman bidang hiburan
Saya tidak pernah berjaya untuk menyertai sebarang rancangan realiti tv.

Penyanyi Idola
Faizal Tahir

Impian
menjadi artis yang serba boleh.

Adik-beradik
Sulung daripada lima beradik

Deskripsi: AF merupakan rancangan realiti tv pertama yang disertainya. Tidak pernah berputus asa dengan kegagalan sebelum ini. Mempunyai semangat dan keyakinan yang begitu tinggi dan sentiasa berusaha mencapai segala yang diimpikan

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
Kali pertama saya menyertai pertandingan nyanyian ialah anjuran Kelab Taekwando pada tahun 1993 dan muncul juara di pertandingan tersebut.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Saya boleh berlakon, mendeklamasi puisi, menggubah lagu dan berdeejay.

Apakah matlamat hidup anda?
Saya ingin berjaya dalam hidup di samping membantu keluarga dan membangunkan industry seni tanah air.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi dan Riz

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Ketika saya kalah di dalam pertandingan nyanyian serta dikutuk oleh kawan-kawan yang mengharapkan kemenangan.

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
Sudah tentu apabila saya terpilih untuk calon pelajar AF 7 musim ini dan disokong oleh keluarga dan isteri tercinta.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda mengalami?
Masalah bahasa ketika bekerja.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Pengalaman manis ialah sewaktu melangsungkan perkahwinan dan terpilih menjadi calon AF7. Pengalaman pahit ialah terpaksa meninggalkan isteri, keluarga dan Rakan-rakan dalam tempoh saya di akademi.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007 – 2008.
Pilihan raya umun, Syed Muzaffar telah berjaya menawan bulan dan angkasa lepas yakni orang Malaysia pertama yang pernah ke angkasa lepas, dan perkahwinan Mawi dan Ekin.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
Saya akan meneruskan kehidupan saya dengan kembali bertugas dan akan mencipta lebih banyak lagi lagu sambil meratapi atas tidak dipilih untuk menjadi pelajar AF7.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Sudah tentu saya akan memberhentikan peperangan di Gaza, Palestin.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Jika suara saya diambil kira, saya akan memperbanyakkan lagu ciptaan dengan kerjasama dari Rakan Indonesia saya dari YM kerana bakat dan anugerah yang diberi mampu mencipta revolusi muzik yang baru, Insyaallah.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama (1 sahaja). Kenapa.
Isteri kerana isteri saya dah tinggal lama di bumi. Sudah tiba masanya untuk kami melancong di bulan bersama-sama.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya. Kenapa?
Saya meminati kucing. Namanya yang akan diberi ialah Jibu kerana kucing itu comel.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Saya ingin menjadi singa kerana ngaumannya sudah boleh membuatkan seluruh hutan buana terdiam.

Sebutkan tiga asset yang ada pada diri anda.
Tinggi
Hensem sikit
Suara yang merdu. hehehehe






Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Johor Bharu, Johor

Tinggi
175cm

Berat
60kg

Hobi
Berseni

Pengalaman bidang hiburan
Mewakili Malaysia dalam (Breakdance) Battle Of The Years (SEA) di Bangkok, Thailand 2005

Penyanyi Idola
Sheila Majid, Bono (U2)

Impian
Menjadi seorang seniman

Adik-beradik
Bongsu daripada 6 beradik

Deskripsi: selain hebat menyanyi, jejaka dari Johor Bahru ini sangat berbakat dalam bidang tarian. Pernah mewakili Malaysia dalamBreakdance Battle Of The Years (SEA) di Bangkok, Thailand pada tahun 2005

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Rasa malu, gemuruh macam nak pitam dan akhirnya saya dapat menyesuaikan diri.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Menari Breakdance, melukis kartun, menulis lirik atau cerita

Apakah matlamat hidup anda?
Ingin berjaya, bertaqwa.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Stacy

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Kematian ibu tersayang, sewaktu bercuti bersamanya di Cameron Highlands.

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Bercuti di Cameron Highlands bersama ibu dan abang

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Tiada

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Pengalaman paling pahit adalah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008.
Sheikh Muzafar menjadi angkasawan Malaysia pertama
Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak sukan olimpik
Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Akan mencuba nasib/bakat di tempat lain

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Saya tidak akan melakukan apa-apa kerana ianya mustahil.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Saya meminta agar agama tidak dipolitikkan

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (1 sahaja) kenapa?
Rizal ( anak saudara saya) kerana dia bercita-cita ingin menjadi angkasawan.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Kucing, Aci Bobo

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Pijat, sebab dia hisap darah, baunya enak dan comel.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Rambut yang pelik.





Profil Penuh

Agama
Kristian

Bangsa
Bidayuh

Status
Berkahwin

Asal
Kuching, Sarawak

Tinggi
160cm

Berat
53kg

Hobi
Mendengar lagu

Pengalaman bidang hiburan
Menyanyi di majlis makan malam, kelab, menyertai pelbagai pertandingan

Penyanyi Idola
Avril Lavigne
Impian
Sukses dalam karier nyanyian

Adik-beradik
Tiga daripada lima beradik

Deskripsi: Peminat fanatik Avril Lavigne ini begitu meminati bidang nyanyian. Berkahwin dan dikurniakan anak merupakan saat paling bahagia dalam hidupnya. Walaupun sudah bergelar ibu, namun suara dan aksinya di pentas sungguh meyakinkan

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
Ikut bapa menyanyi di majlis makan malam. Nyanyi tiga lagu tanpa make up. Bila nyanyi, tangan bergetar kerana terlalu nervous. Ada penyanyi jemputan nak berduet, nervous giler tapi nasib baik suara tak kantoi. Ok ok aja.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak.

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Boleh bermain gitar sikit-sikit.

Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya dalam bidang yang diminati iaitu bidang muzik.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Rich kerana dia telah berjaya dengan band sendiri dan lagu-lagu ciptaan sendiri.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada.

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
Kelahiran anak pada 5 Februari 2007.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda mengalami?
Tiada.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Menyertai rancangan realiti.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007 – 2008.
16 September 2008 – Sarawak 45th anniversary dna Penubuhan Malaysia, 10 Oktober 2007 - Dr Sheikh Muszaphar berlepas ke stesen angkasa lepas antarabangsa dan 6 Disember 2008 – kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
Balik Kuching, teruskan hidup seperti biasa, siang kerja, malam nyanyi. Tahun depan audition lagi.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Hentikan peperangan dan jaga alam sekitar.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Becoming spokesperson towards peace and humanitarian.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama (1 sahaja). Kenapa.
Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebab dia sudah ada pengalaman dan dia boleh beri tunjuk ajar ketika berada di bulan.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya. Kenapa?
Tak suka binatang.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Kucing sebab kebanyakan orang suka kucing. Tapi kalau boleh tanak jadi haiwan sebab saya tak suka haiwan.

Sebutkan tiga asset yang ada pada diri anda.
Suara
Senyuman
Mata





Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Berkahwin

Asal
Cheras, Kuala Lumpur

Tinggi
154 cm

Berat
53 kg

Hobi
Menyanyi

Pengalaman bidang hiburan
Penyanyi utama Kombo Seni Udara, Kumpulan Asli Sri Mawar, menyanyi di Restoran Cerana.

Penyanyi Idola
Dato’ Siti Nurhaliza

Impian
Ingin menjadi artis rakaman yang berjaya

Adik-beradik
Kedua daripada enam beradik

Deskripsi: Surirumah yang juga penyanyi sambilan ini amat menyimpan hasrat menggunung untuk bergelar penyanyi. Walaupun tidak pernah mengikuti sebarang kelas vokal, namun kesungguhannya belajar begitu tinggi mendorongnya memasuki AF7

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Kali pertama saya menyanyi ialah pada tahun 1992. Saya mengigil sehingga tidak dapat menyanyi. Seorang rakan telah memberikan saya air di atas pentas dan selepas itu barulah saya boleh menyanyi dan lagunya ialah ’Menaruh Harapan”.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Saya tidak pernah mengikuti sebarang kelas formal menyanyi.

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Saya suka menulis lirik lagu dan membuat lagu. Kebanyakkannya saya simpan untuk koleksi sendiri.

Apakah matlamat hidup anda?
Saya ingin menjadi yang terbaik di antara mereka yang terbaik.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi dan Stacy. Mereka mempunyai aura dan bakat yang besar di dalam bidang seni suara.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Pemergian nenek tersayang pada tahun 2004.

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Kelahiran anak-anak tersayang dan berjaya dalam ujibakat Akademi Fantasia.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Tidak dapat merakamkan album hanya kerana saya sudah berkahwin dan itu adalah halangan terbesar yang pernah saya alami untuk menjadi seorang penyanyi.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Berjaya terpilih ke Akademi Fantasia adalah kenangan paling manis dalam hidup saya. Kenangan pahit pula bila saya tidak dapat merakamkan album.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008
Rakyat Malaysia pertama naik ke bulan pada 9 Oktober 2007
Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Saya akan meneruskan cita-cita saya untuk berada di dalam bidang ini dan terus berusaha sehingga berjaya.
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Saya akan merubah dunia ini tanpa peperangan dan penindasan.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Saya ingin menjadikan Malaysia bebas dari pergaduhan politik kerana Malaysia boleh menjadi huru-hara hanya kerana politik.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (1 sahaja) Kenapa?
Suami saya kerana hanya dia yang tahu karenah saya.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Saya mempunyai 3 ekor kucing.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Burung Cenderawasih. Kerana burung itu sentiasa di awan dan tiada siapa boleh menangkapnya.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Suara
Perwatakan yang ceria





Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Shah Alam, Selangor

Tinggi
165cm

Berat
49kg

Hobi
Main futsal dan berenang

Pengalaman bidang hiburan
Telah merakamkan dua album dan satu single terbaru berjudul Salah Siapa

Penyanyi Idola
Hetty Koes Endang

Impian
Berjaya dalam kerjaya nyanyian

Adik-beradik
Kedua daripada empat beradik

Deskripsi : Penyanyi muda yang pernah merakamkan album ini kini cuba melonjakkan nama dalam industri hiburan. Cuba menjadikan AF sebagai platform terbaik melakukan transformasi dalam kariernya

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Suka menyanyi di bilik mandi pada usia 12 tahun, sehingga family beri galakkan untuk cuba masuk pertandingan antara bintang-bintang kecil dan kali pertama, terus dapat no 1, dari situ saya meneruskan bakat saya.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Yayasan Warisan Johor pada tahun 2000. Tahun 2006 belajar vokal bersama penyanyi dari Philipine iaitu James Yusuf.

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Berlakon, Mengacara, Menari

Apakah matlamat hidup anda?
Terus mengejar kejayaan walau banyak cabaran dan dugaan harus ditempuh.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Farhan, Mawi, Stacy.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Suka-duka menjadi penyanyi.

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Dinobatkan sebagai juara keroncong remaja Johor dan naib juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Untuk memandu kereta secara bersendirian.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Berduet dengan Sultan Johor dan nyanyi lagu keroncong.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Pilihan Raya ke-12
Pertabalan D.Y.M.M Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-13
Peristiwa kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa.

Apakah yang akan anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Teruskan kerjaya nyanyian saya.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Hapuskan peperangan!!

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Memartabatkan irama tradisional melayu, kerana irama tradisional melayu kita semakin diabaikan.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (1 sahaja ) kenapa?
Ibu saya, kerana ibu yang telah melahirkan saya di dunia.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Tiada.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Burung, kerana boleh terbang tinggi ke awan.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Berkebolehan menyanyi lagu-lagu asli, ghazal, keroncong
Tidak mudah putus asa
Mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapai cita-cita




Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Bajau

Status
Bujang

Asal
Semporna, Sabah

Tinggi
5’2

Berat
44kg

Hobi
Menyanyi dan mendengar MP3

Pengalaman bidang hiburan
Pernah mengikuti pertaningan lagu-lagu tradisional asli dan menjadi penyanyi utama kumpulan nasyid yang memenangi Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2004.

Penyanyi Idola
Siti Nurhaliza

Impian
Berjaya dalam hidup dan menjadi penghibur. Anak sulung dari enam beradik ini tidak pernah menjadikan alasan masalah yang dihadapinya untuk berjaya. Dia begitu fokus dalam setiap perkara yang dilakukan

Adik-beradik
Sulung daripada enam beradik

Deskripsi: Anak gadis dari Sabah ini begitu menyimpan hasrat menjadi penghibur yang berjaya.

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
Pertandingan nyanyian terbuka sempena Pesta Rumba di Kuala Penyu yang mana saya peserta termuda berumur lima tahun.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Persolekan dan dandanan

Apakah matlamat hidup anda?
Sentiasa mengakis kelemahan yang ada pada diri saya untuk menjadi manusia yang berjaya dalam hidup.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Stacy

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Arnab saya yang bernama Cece Bit Bit telah mati meninggalkan saya.

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
Mendapat surat tawaran meneyrtai Akademi Fantasia yang emnjadi idaman berjuta rakyat Malaysia.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda mengalami?
Kesukaran membuat keputusan.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Pengalaman pahit apabila arnab kesayangan saya mati. Pengalaman manis saya ialah kumpulan nasyid kami telah menjadi Juara keseluruhan Nasyid Peringkat Kebangsaan 2004.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007 – 2008.
Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, lahirnya seorang angkasawan pertama Malaysia dan Stacy menjadi Juara AF pertama yang berasal dari Sabah.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
Meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Mengelakkan peperangan dengan memupuk semangat perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Mengharumkan nama Malaysia di mata dunia serta memartabatkan industry tanahair kita.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama (1 sahaja). Kenapa?
Saya akan membawa kamera video untuk merakam keajaiban di bulan yang tidak terdapat di bumi.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya. Kenapa?
Saya tidak berminat memelihara binatang lagi selepas kematian arnab saya.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Kucing sebab kucing haiwan yang sangat disayangi.

Sebutkan tiga asset yang ada pada diri anda.
Suara
Penampilan
Tahi lalat di atas bibir saya




Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Bajau/Banjar

Status
Berkahwin

Asal
Kota Marudu, Sabah

Tinggi
152 cm

Berat
47 kg

Hobi
Menyanyi

Pengalaman bidang hiburan
Menyertai pertandingan nyanyian.

Penyanyi Idola
Rossa & Faizal Tahir

Impian
Menjadi seorang penghibur

Adik-beradik
Kelapan daripada 10 beradik

Deskripsi: Berkahwin dalam usia yang muda tidak menghalang gadis manis Kota Marudu ini untuk terus berjaya dalam bidang seni. Sangat bersungguh-sungguh dengan setiap perkara yang dilakukan. Menyimpan hasrat untuk menjadi penghibur sebaris dengan Rossa, Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Mengikut pertandingan dalam usia 9 tahun buat pertama kali dan menjadi johan.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Dapat menyanyikan pelbagai bahasa contoh: Jepun, Tagalog, Spanish, Cina, Inggeris, Hindustan, Thailand....

Apakah matlamat hidup anda?
Ingin menjadi seorang penyanyi.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Stacy

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada.

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Dapat membantu ibubapa serta adik-beradik dalam kesusahan.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Tiada

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Memenangi banyak pertandingan nyanyian (manis)
Meliht kedua ibubapa dalam kesusahan membesarkan kami (pahit)

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Pertabalan Agong yang baru.
Pilihanraya Malaysia

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Kembali kepada anak dan suami, menjalani kehidupan biasa.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Hentikan semua peperangan.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Saya ingin menjadi artis yang boleh menyumbangkan sesuatu ke atas Malaysia (sesuatu yang berfaedah).

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (1 sahaja) Kenapa?
Anak (Samsul Danial). Kerana dialah satu-satunya anak yang saya ada.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Ikan emas & flowerhorn. Gold & Jambul. Ikan comel dan senang dipelihara.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Saya dah bersyukur menjadi manusia. Tak terfikir dan tidak ingin menjadi haiwan.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Lesung pipit
Gigi lapis
Mata sepet ke atas





Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Kuching

Tinggi
146cm

Berat
40kg

Hobi
Menyanyi, bersiar-siar

Pengalaman bidang hiburan
Pernah menjadi solo kumpulan nasyid wakil sekolah menengah.

Penyanyi Idola
Jamal Abdillah

Deskripsi : Gadis yang mula menyanyi kerana terpengaruh dengan filem Hindustan ini menyimpan impian yang besar menjadi penyanyi. Pengalamannya menjadi penyanyi solo kumpulan nasyid sekurang-kurangnya

Impian
Mengubah kehidupan keluarga lebih baik.

Adik-beradik
Kelima daripada enam beradik

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
Saya mula-mula menyanyi setelah terpengaruh dengan cerita hindustan.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak.

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Menjahit, membuat kuih, mewarna dan mereka plan rumah.

Apakah matlamat hidup anda?
Memiliki kehidupan yang lebih baik.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Saya memilih Stacy.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada.

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
Ketika saya mendapat 8A dalam PMR dan dapat melihat ibu dan ayah gembira.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda mengalami?
Tiada.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Pengalaman manis ialah pergi bercuti ke Genting Highland buat pertama kalinya bersama ibu dan ayah.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007 – 2008.
Aznil berhenti menjadi pengacara AF ke-6, angkasawan pertama Malaysia berjaya mendarat di stesen angkasa dan keruntuhan tanah di Bukit Antarabangsa.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
Saya akan menyambung semula pelajaran di universiti.
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda
lakukan?
Menghentikan semua peperangan serta membantu menyelamat bumi ini dari semua pencemaran.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Mencadangkan agar pihak kerajaan membanyakkan peluang pekerjaan kerana banyak rakyat Malaysia yang menganggur.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama (1 sahaja). Kenapa.
Ibu saya kerana ibu saya ibarat bulan yang menyinari kehidupan saya dengan memberi pelbagai pengorbanan.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya. Kenapa?
Seekor kucing parsi bernama Koko. Ini kerana nama itu comel dna bersesuaian dengan kucing yang memang comel.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Kambing biri-biri kerana saya suka kambing biri-biri dan banyak faedah boleh didapati darinya.

Sebutkan tiga asset yang ada pada diri anda.
Comel
Suara/bakat
Bijak




Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Selangor

Tinggi
164 cm

Berat
50 kg

Hobi
Menyanyi, mengemas rumah, melancong, menghias diri.

Pengalaman bidang hiburan
Pernah menghasilkan album tapi gagal dipasarkan

Penyanyi Idola
Dato’ Siti Nurhaliza

Impian
Menjadi penyanyi tersohor yang dihormati dan disukai.

Adik-beradik
Kedua daripada enam beradik

Deskripsi: Gadis manis cantik bertudung dari Bangi, Selangor ini merupakan seorang yang periang dan mudah didekati. Sangat rapat dengan pasangan kembar seirasnya. Dia bagaikan wakil kepada pasangan ini dan cermin kejayaan pasangan kembarnya

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Pengalaman pertama, ketika saya berumur 9 tahun, saya menyertai Rancangan Nyanyian TV Kanak-kanak, Wirawan Seni Remaja EON, saya hanya sampai ke peringkat Wilayah.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Ada, di bawah Izad Izzuddin.

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Berlakon, bersolek, mengacara

Apakah matlamat hidup anda?
Sebelum umur saya 30 tahun saya telah capai impian yang saya impikan.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Nubhan, Stacy, Mawi, Mila

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Album yang gagal dipasarkan.

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Tersenarai dalam calon pelajar AF.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Sikap teragak-agak untuk melakukan sesuatu.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Pengalaman paling manis: Dilahirkan sebagai kembar seiras.
Pengalaman paling pahit: Kembar gagal tercalon sebagai calon pelajar AF.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Berlaku krisis ekonomi di Amerika, pada tahun 2008, kesan krisis terasa di Malaysia pada pertengahan tahun 2008, pada tahun 2009, telah beransur pulih.
Pada Disember 2008, berlaku tanah runtuh di Bukit antarabangsa yang mengorbankan beberapa nyawa.
Pemergian penulis lirik terkenal di Malaysia, Allahyarham Loloq
Pencabulan hak & kekejaman yang berlaku di Palestin.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Saya akan terus bekerja di Maybank, mengumpul modal dan buka perniagaan sendiri.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Memastikan keamanan, tiada diskriminasi.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Turunkan harga barang, hapuskan tol, bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (1 sahaja) Kenapa?
Kembar saya Rina, kerana Rina adalah insan yang rapat dengan saya, saya ingin berkongsi kegembiraan bersamanya.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Kucing, namanya Kupok, nama penuhnya Kucing Tompok. Sebab kucing binatang yang jinak dan comel.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Kucing, comel dan disayangi.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Rupa paras, alhamdulillah
Bakat
Sifat peramah


Courtesy of ASTRO, emeraldL01 & Towards The Shiny Star

0 comments:

Post a Comment

 
Top