SINOPSIS JULIA JULI EPISODE 15

Kisah Lagenda Julia Juli bermula dengan Remy membawa Julu menemui Julia untuk menukar imagenya. Julu kini berambut pendek. Jula memberitahu Izwan bahawa dia mempunyai masalah dengan Diana di rumah kerana rakan serumahnya itu tidak sukakannya. Ayah Remy meminta Hani tunggu Remy pulang ke rumah kerana terdapat sesuatu yang ayah Remy ingin umumkan. Apabila Jula memberitahu Diana sekiranya dia tidak dapat bertolak ansur dengannya, lebih baik dia pindah saja dan Diana pula menjawab"keluarlah".

Remy dan Julu sampai ke rumah dan ayahnya memberitahu Remy bahawa mereka akan membuat majlis secara besar-besaran. Remy terkejut mendengar berita itu. Dalam satu babak yang lain, Jula menelefon Julia memberitahunya bahawa dia ingin berjumpa dengannya kerana dia tension dan ingin bercakap dengan seseorang. Julia memintanya pergi ke rumahnya pada waktu itu . Julu sedih mengenangkan apa yang telah diumumkan oleh ayah Remy, dia menangis dalam biliknya apabila dia mendapat tahu bahawa Remy telah dijodohkan dengan Hani gadis pilihan ayah Remy.

Remy berkata ayahnya sepatutnya berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan tetapi menurut ayahnya itu adalah yang terbaik untuknya dan apa lagi yang ditunggu dan Hanipun dah cukup bersedia. Sambung ayahnya lagi bahawa Remypun makin tua dan layak menjadi bapa. Walaupun Remy menganggap Hani macam adik sendiri tetapi ayahnya berkata itu boleh berubah. "Sepupupun boleh berkahwin, bukan tak boleh" - Hani meminta ayah Remy memberi waktu untuk Remy dan tidak perlu tergesa-gesa. Mulai saat itu, Remy diminta oleh ayahnya kurangkan aktivitinya dengan Julu sebab dia kena fikirkan yang dia akan berkahwin dengan Hani tidak lama lagi. Dia tidak mahu Remy asyik bersama dengan Julu. Hani tersenyum mendengar hal itu.

Apabila Remy ingin menyambungkan kata-katanya, ayahnya berkata dia ingin masuk tidur. Setelah ayah Remy naik ke atas, Hani memeluk Remy dari belakang dan berkata nampaknya mimpi mereka menjadi nyata tetapi menurut Remy mereka tidak mempunyai impiannya dan itu adalah impian Hani seorang sahaja.

Walaupun ibu Remy lebih suka sekiranya Julu menjadi menantunya tetapi, itu adalah keputusan ayah Remy yang mahukan Remy berkahwin dengan Hani. Julu berkata dia faham dengan situasi tersebut dan Ju juga sedar siapa dirinya. Dia cuma angan-angan nak kahwin dengan Remy. Ibu Remy menganggap Ju seorang yang istimewa. Selepas itu Ju menangis dalam pelukannya.

Di kayangan, ibu Julu risau melihat keadaan Julu yang sedang bersedih. Ayahnya berkata mungin Julu mempunyai masalah tetapi mereka tidak boleh membuat kesimpulan. Ibunya berpendapat mungin Julu rindukan mereka. Ayah Julu berkata mungkin ada hikmah di sebalik semua cubaan itu.

Julia ingin Jula tinggal serumah dengannya kerana setelah dia balik dari kerja dia rasa sunyi sahaja tinggal seorang diri. Jula gembira kerana dapat tinggal bersama Julia. Julia mengajak Jula untuk bermalam di rumahnya.

Connie pergi ke rumah Arif untuk mengajaknya makan bersama tetapi menurut Arif Freddie lebih sesuai untuknya. Walaupun Connie memberitahu dia ingin meluangkan masa bersamanya, kerana itulah dia pergi ke rumahnya dan merekakan close? Tetapi Arif menjawab dia close dengan semua staffnya. Arif tidak mahu berceloteh dengan lebih panjang lagi dan memberitahu Connie dia sudah mengantuk dan ingin tidur jadi Connie terpaksa beredar dari rumahnya.

Pada keesokan harinya, Julia memberitahu Arif dia telah bertemu dengan seseorang yang boleh menemaninya di rumah. Arif berkata "Sayake" tetapi menurut Julia bukan dan orang itu adalah Sofia(Julu) yang datang bersama Izwan hari itu. Julu menelefon Julia untuk bertemu dengannya.

Julu membuat temu janji dengan Julia. Dia memberitahu Julia tentang masalahnya dan menurutnya lagi dia tidak ada tempat tinggal yang lain lagi selain dari rumah Remy. Saudara-marapun tiada. Julia berkata tidak mengapa kerana dia ada kerjaya yang bagus. Dan Julia yakin dia tiada masalah untuk hidup berdikari. Julia berkata mereka adalah wanita dan akan menyelesaikan masalah bersama-sama dan mempunyai kekuatan pada diri sendiri untuk terus majukan masa hadapan mereka. Nasihat daripada Julia untuk Julu adalah dengan meminta Julu untuk keluar daripada rumah itu dan dia rasa dia boleh tolong Julu dalam hal itu kerana tempat yang dia tinggal kini masih ada ruang untuk seorang lagi. Julu mengucapkan terima kasih kepada Julia yang sudi menolongnya. Sewaktu bertemu dengan Arif, Julia memberitahunya bahawa terdapat seorang lagi yang akan tinggal bersamanya iaitu "Juzulaika"(Julu). Arif kata meriahlah kalau begitu. Julia minta Arif usah risau kerana dia akan minta sewa daripada Julu dan Jula. Arif kata Julia pandai buat bisnes. Julia menjawab "mestilah".


SINOPSIS JULIA JULI EPISODE 16

Remy menunggu kepulangan Ju. REmy memberitahu Ju bahawa dia cuba nak menggoda Ju. Lepas itu, Ju kata sekiranya hatinya tak senang tak berkenan juga. Apa yang mereka sedang buatpun dah lumayan dan mencukupi. Sofia kembalikan kunci rumah kepada temannya Diana dan berkata mereka tetap kawan. Izwan membantu Sofia berpindah ke rumah Julia. Sofia sampai di rumah Julia dan dia mengucapkan terima kasih kepada Julia kerana sudi memberinya tumpang tinggal di rumahnya. Julia berkata Sofia beruntung mendapat teman lelaki seperti Izwan.

Julia memberitahu Sofia bahawa rumah tersebut adalah kepunyaan Arif. Julia memberitahu sewa rumah adalah cuma RM300. Apabila Izwan ingin memberi Julia wang deposit sewa rumah kepada Julia, Sofia berkata dia akan membayarnya sendiri. Ju ingin berpindah rumah dan hasratnya diberitahu kepada ibu Remy. Ju berkata dia tidak sedap hati kerana selama ini dia seperti menggangu sahaja.

Julia masuk ke pejabat Arif dan dia memberi kunci kereta kepada Julia. Julia gembira dengan pemberian Arif. Ju memberitahu Remy tentang dia ingin berpindah rumah. Di kayangan, ibu Ju risau melihat keadaan anak mereka. Julia belajar memandu kereta. Arif berharap Julia sukakan kereta itu. Julia menjawab dia suka dan Arif adalah seorang yang baik. Ibubapa Juli, Jula dan Jula ingin menghantar Dino untuk turn ke bumi mengawasi anak-anak mereka supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Sofia dapat rasakan bahawa Julia amat memahaminya. Kini setelah dia tinggal bersama-sama dengan Julia dia seperti ada perhubungan dekat dengan Julia.Ibubapa Ju berkata kepada Dino untuk melindungi anak-anak mereka supaya tidak berlaku jahat tetapi tidak perlu membawa mereka pulang ke kayangan.

Ju menelefon Julia dan berkata dia sudah bersedia untuk pindah tinggal bersamanya. Julia membuat temu janji dengannya pada hari minggu. Ayah Remy rasa senang hati apabila dia tahu Ju ingin pindah. Sofia bancuh air koko panas untuk Julia yang baru pulang dari bekerja. Sofia berkata bahawa dia mendengar cerita mengenai Izwan yang sedang rapat dengan Linda seorang pelakon juga. Julia meminta Sofia yakin dengan dirinya dan usah dengar cakap orang. Sekiranya dia ingin mendapat kepastian, adalah lebih baik sekiranya Sofia bertanya kepada Izwan sahaja.

Dino diminta membuat profile dan selidik semua teman lelaki anak-anak perempuan ibubapa Julia dan membawa berita itu ke kayangan. Ibu Remy rasa berat hati melepaskan Ju pergi. Dia meminta Ju jangan segan-segan memberitahu dia sekiranya Ju apa saja masalah. Akhirnya Ju tiba di rumah Julia dan Julia memberitahunya sebenarnya Sofia sudah tinggal bersama dengannya juga. Remy meminta diri dan meminta Ju jaga diri. Sofia tumpang gembira kerana Ju mendapat teman lelaki yang begitu mengambil berat tentang Ju. Sewaktu di rumah Remy termenung dan terasa rindukan Ju. Remy memberitahu ibunya bahawa rumah baru yang dia tinggal sekarang agak besar juga.

Hani pergi ke rumah Remy. Tetapi Remy tidak ambil peduli dengan kedatangannya. Hani mengajak Remy keluar tetapi Remy ingin bersolat. Di rumah Julia, sewaktu makan malam Ju terfikirkan tentang ibu Remy.

Sekian daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi pada hari Selasa, 1 April 2009 dalam Episode 17 Drama Lagenda: Julia Juli. Semoga terhibur.


SINOPSIS JULIA JULI EPISODE 17

Kisah Lagenda Julia Juli Episode 17 menceritakan Julia mendapati Arif tiada di pejabat lalu Julia tanya kepada rakannya kenapa Arif masih belum sampai ke pejabat. Selepas itu Connie berkata sudah menjadi kebiasaan seorang playboy seperti Arif tiada di pejabat.

Dino terus awasi apa yang berlaku pada Julia, Ju dan Sofia. Remy ke rumah Ju menjemputnya. Mereka saling rindukan satu sama lain. Ju membuat panggilan kepada ibu Remy untuk bertanyakan khabarnya. Izwan ingin hantar Sofia balik ke rumah tetapi Sofia tanya kenapa tak ajak dia keluar. Menurut Izwan dia mempunyai hal lain pada hari itu. Sofia kata kalau Izwan nak cepat lebih baik dia balik bersama PM. Lepas itu, Izwan dengan perasaan gembira kata "okay ke"?

Julia ternampak Connie mendapat kesulitan untuk menghidupkan injin keretanya. Connie memberitahu Julia bahawa adiknya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Julia menghulurkan bantuan kepada Connie dan berkata dia saja yang hantar Connie ke hospital. Connie amat risaukan keadaan adiknya yang cedera parah. Julia minta Connie berdoa sahaja untuk Adrian agar dia cepat sembuh. Connie amat berterima kasih kepada Julia kerana berada disampingnya sewaktu dia berada dalam kesusahan walaupun selama ini apa yang telah dia lakukan kepada Julia. Ju tidak yakin dengan kebahagiaannya kerana Hani tidak akan membiarkan Remy dan dia hidup bahagia. Ju kata dia cuma dapat pegang pada janji yang diberikan oleh Remy dan Remy yakinkan Ju tentang hal ini.

Julia memberitahu Sofia kenapa dia pulang lewat. Sofia kata dia seorang yang baik. Arif menelefon Julia tetapi Julia enggan menjawab panggilan tersebut. Remy rasa berat hati untuk melepaskan Ju apabila dia hantar dia pulang. Ju dan Remy saling meluahkan perasaan mereka. Connie terus risaukan keadaan adiknya yang masih belum sedar dan masih dalam keadaan koma akibat kemalangan jalan raya. Julia cuba yakinkan Connie bahawa Adrian akan selamat, cuma kena tunggu masanya saja.

Sofia tanya Ju adakah dia dengan Remy serious dengan hubungan mereka. Menurut Ju memanglah serious perhubungan mereka tetapi ayah Remy yang bantah perhubungan mereka. Dino memberi laporan kepada ibubapa Juli bahawa ketiga-tiga puteri mereka berada dalam keadaan yang baik.

Arif tanya Julia adakah dia mempunyai masalah kerana tidak menjawab panggilannya. Julia memberi alasan dia menemani Connie kerana adiknya terlibat dalam kemalangan. Arif meminta Julia jangan layan dia seperti itu. Julia terus memberi alsan di luar ada customer yang sedang menunggunya. Arif membuat temu janji untuk berjumpa dengan Julia. Adakah Julia akan menemui Arif pada malam itu?

Di kayangan, ayah Juli memberitahu isterinya bahawa teman-teman lelaki anak mereka nampak saja baik tetapi semuanya hidung belang. Hani melawat ayah Remy dan mengajaknya makan bersama-sama. Hani merungut kerana selalu tidak dapat berjumpa dengan Remy.

Julia ingin pergi ke hospital bersama-sama denggan Connie ke hospital untuk melawat Adrian. (mungkinkah Julia cuba mengelakkan daripada bertemu dengan Arif?) Di hospital Julia memperkenalkan dirinya kepada Adrian yang masih koma. Julia menyentuh Adrian. Adakah Adrian akan sedar selepas ini?

SINOPSIS JULIA JULI EPISODE 18

Julia melawat Adrian di hospital. Dia menggunakan kuasa ajaibnya untuk menolong Adrian sedar sewaktu Connie keluar sebentar. Sewaktu Connie dan Julia pulang ke pejabat, keadaan Adrian masih sama.(Adakah Adrian akan sedar tidak lama selepas itu)

Ayah Remy memaksa Remy agar bertunang dengan Hani tetapi Remy enggan. Selepas Remy beredar, ayah Remy memberitahu ibu Remy bahawa Remy adalah seorang yang kurang ajar kerana tidak mendengar kata-katanya. Connie menerima panggilan dari doktor mengenai adiknya. Connie memberitahu Julia adiknya, Adrian dah membuka mata. Doktor memberitahu Connie dan Julia selalunya kalau keadaan begini mengambil masa untuk pesakit sedar semula tetapi dalam keadaan Adrian pula dia boleh membuka matanya dalam masa 24 jam. Connie mengucapkan terima kasih kepada Julia kerana telah mengambil berat tentang Adrian sewaktu Adrian dalam koma.

Arif gembira kerana Julia telah berbaik semula dengan Connie. Julia menjawabnya bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Julia memberitahu Arif dia sudah seperti tidak boleh percaya dengan Arif dan dia berkata jawapannya ada pada Arif sendiri. Sofia menerima panggilan bahawa Izwan sedang bersama Linda di JI Club. Pemanggil itu tidak memberitahu Sofia siapa dia dan dia cuma memberitahu Sofia dia kasihankan Sofia sebab itulah dia memberitahu Sofia tentang hal Izwan. Sofia menelefon Julia dan dia meminta Julia menolongnya tentang hal Izwan dan dia tidak dapat pergi kerana ada "shooting"/penggambaran. Julia dan Ju pergi ke JI Club untuk mengetahui apa yang berlaku dengan lebih lanjut.

Ju tidak mahu Remy dikatakan sebagai anak derhaka kerana dia. Remy kata dia tidak akan berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya. Remy tetap memberitahu Ju dia tidak mahu berkahwin dengan Hani. Ju kata dia pun tidak boleh berkahwin dengannya. Ju kata sudah tiba masanya dia menolong Remy dalam hal ini (Bagaimana Ju akan menolong Remy? Adakah dengan cara berpisah dengannya?)

Connie memberitahu Arif bahawa dia tahu kenapa Julia lebih berhak untuk bersama dengan Arif.

Julia mengambil gambar Iwan dari jarak yang jauh. Apabila Ju ingin pergi dengan lebih dekat lagi, Julia menghalangnya dan mereka berdar dari tempat itu. Julia kata kepada Ju semua itu terpulang kepada Sofia untuk membuat keputusan. Julia menasihati Sofia supaya tidak sedih dan berkata adalah lebih baik Sofia mengetahui hal itu lebih awal sebelum mereka berkahwin. Menurut Ju dia pun ada masalah bahawa dia akan meninggalkan Remy untuk kebaikannya. Walaupun Remy tidak akan menerima keputusan yang dibuat oleh Ju, Ju tidak mahu Remy berdosa disebabkannya. Ibubapa Julia gembira kerana anak-anak mereka sudah bersatu. Ibu Julia kata walaupun tidak dapat mendengar suara anak-anak mereka, itu semua sudah mencukupi dengan melihat wajah mereka sahaja.

Connie memberitahu Julia bahawa Adrian memberitahunya dia dengar apa yang semua dia cakap. Connie berterima kasih kepada Julia dan mengajaknya pergi melawat Adrian bersama-sama selepas kerja. Hani pergi ke rumah Julia untuk menemui Ju bertanya apa yang Hani buat di situ. Hani memberi amaran kepada Ju supaya menjauhi dari Remy. Ju memberitahu Sofia Hani adalah sepupu Remy. Sofia hairan perempuan begitu ke Remy nak jadikan isteri. Ju menjawab, itu semua kehendak ayah Remy dan Ju juga tidak mahu berkahwin dengan orang yang memberi masalah dalam dirinya. Remy tidak sanggup kehilangan Ju tetapi dia tidak boleh memaksanya. Menurutnya lagi Ju akan berundur. Ibunya tidak dapat berbuat apa melainkan menasihatinya sahaja.

Tuanku: Memang kamu tak perlu tergesa-gesa. Beri masa, beri ruang banyak masalah nampaknya biarkan mereka selesaikannya sebagai manusia dulu.
Dino: Tapi tuanku permaisuri nak sangat mereka patik balik ke bumi semula, tuanku.
Tuanku: Permaisuri memang begitu. Tetapi beta fikir adalah lebih baik membiarkan anak-anakanda beta menyelesaikan masalah mereka dengan cara mereka tapi kalau kamu yang ingin menyelesaikannya mudah sekali. Tetapi itu bukan caranya. Biarlah anak-anakanda beta belajar betapa susahnya barulah mereka tahu betapa susahnya hidup di bumi. Betapa indah dan syadunya tinggal di negara yang indah ini.
Dino: Kalau itu yang tuanku inginkan patik bersetuju benar tuanku. Lagipun di bumi keadaannya sibuk tuanku... memang banyak pencemaran. tuanku.
Tuanku: Beta tahu, beta maklum. Itulah sebabnya beta biarkan anak-anakanda beta bersusah-payah dahulu kerana itulah sebaik-baik pelajaran sebelum mereka memerintah negara ini.

Dino: Sungguh bijaksana strategi tuanku itu. Kalau begitu, izinkan patik pergi dahulu.
Tuanku: Silakan.
Dino: Terima kasih, tuanku.

Dalam satu babak yang lain:

Connie: Arif ada tanya
Julia: Tanya apa?
Connie: Kenapa awak jauhkan diri daripadanya. Sayapun perasan awakni dah tak cakap dengannya dan tak keluar dengannya.
Julia: Saya tak nak fikirlah sekarang ni. Kalau saya fikir nanti saya pening kepala.
Connie: Dengan sayapun awak malas nak cerita?
Julia: Lagipun sekarang ni saya nak awak tumpukan perhatian awak pada urusan adik awak. Lebih penting daripada urusan saya dengan Arif.
Connie: Tak apa, awak perlu... yang adik saya tu, tak apa lain kali saja.


Connie dapat rasakan bahawa Julia cuba menjauhi dari Arif. Julia berkata dia tidak mahu bercakap dengan tentang hal itu. Julia meminta Connie tumpukan urusannya terhadap adiknya, Adrian. Kisahnya bersambung...

Julia Juli Eps 18 Part 1



Julia Juli Eps 18 Part 2



SINOPSIS JULIA JULI EPISODE 19

Adrian diperkenalkan kepada Julia. Adrian berterima kasih kepada Julia kerana memberi dia semangat yang kuat tetapi menurut Julia kakaknya yang beri semangat dia cuma tolong saja. Adrian kata suaranya yang dia dengar. Ju memberitahu rakan Remy bahawa dia akan meninggalkan band mereka. Ju memberitahunya dia sudah tak sehaluan. Sofia memberitahu Diana bahawa perhubungan dia dengan Izwan dah putus tetapi cuma Izwan saja yang belum mengetahuinya lagi. Ayah Remy memberitahu isterinya, semakin hari semakin biadap kelakuan Remy.

Remy pergi ke rumah Julia untuk menemui Ju. Ju tanya Remy kenapa dia cari dia pada waktu yang selewat itu. Ju memberitahu Remy sudah tiba masanya untuk dia mengundur diri dari band mereka. Ju memberitahu Remy dia sudah penat dan tidak mahu dihina dan diburu oleh orang yang cemburu seperti Remy. Remy minta Ju fikir masak-masak sebelum membuat sebarang keputusan tetapi menurut Ju tiada pilihan melainkan putuskan perhubungan mereka. Walaupun Ju berkata Remy adalah seorang lelaki yang baik tetapi itu saja yang dia dapat lakukan untuk kebaikan mereka berdua.

Sofia memberitahu Izwan bahawa dia adalah seorang lelaki yang tidak boleh dipercayai. Sofia kata dia boleh tunjukkan bukti kepadanya sekiranya dia mahu. Sofia ingin berpisah dengan Izwan. Izwan tanya adakah itu satu penghinaan kerana selama ini tiada orang yang pernah menolak cintanya. Sofia menjawab dia akan merupakan orang yang pertama buat begitu.

Remy menemui Hani di club dan marahkannya dan memberi amaran kepada Hani agar tidak menggangu Ju lagi dan beredar dari situ.

Sofia pulang ke rumah dan dapati Ju sedang bersedih. Ju memberitahu Julia dan Sofia bahawa dia telah memutuskan untuk berpisah dengan Remy kerana itu adalah yang terbaik untuk semua orang. Sofia juga berkata dia telah meninggalkan Izwan.

Di pejabat, Connie memberitahu Julia bahawa Arif menelefonnya dan dia tanya tentang Julia. Ju mencari kerja yang lain di sebuah pub, disyorkan oleh Hasnol. Dia dibayar gaji sebanyak RM4,000 sebulan. Sewaktu Ju menyanyi, dia terkenangkan saat-saat dia bersama Remy.

Ayah Remy memarahi Remy dan memintanya jangan berkasar dengan Hani. Remy memberitahu ibunya susah untuknya berbincang dengan ayahnya. Remy tetap menegaskan bahawa walaupun dia akan berkahwin kelak, orang itu pasti bukan Hani. Connie memberitahu Julia dia ada hal penting nak memberitahu Julia tetapi dia harap Julia tidak akan memarahinya. Connie memulangkan rantai sakti (magical necklace) Julia. Julia memakainya dan mengingati siapa dia sebenarnya di kayangan dan dia memeluk Connie dan terus mengucapkan terima kasih kepadanya. Connie hairan dengan sikap Julia.

Julia termenung di pejabat dan Arif ingin mengajaknya makan tetapi menurut Julia dia sedang menunggu pelanggan yang akan ditemuinya. Ayahanda Juli memberitahu isterinya bahawa Putera Adika ingin menjumpai mereka. Julia pulang ke rumah dan terus memeluk Ju kerana dia tahu Ju adalah adiknya. Tetapi Ju tidak tahu kenapa Julia bersikap begitu terhadapnya. Julia berasa gembira dengan kepulangan Sofia dan dia juga memeluk Sofia. Namun begitu, Julia tidak memberitahu mereka berdua bahawa mereka adalah adik-beradik.

Arif pergi ke rumah Julia dan memberinya sejambak bunga dan dia juga menerangkan kepadanya bahawa sebenarnya perempuan dan baby yang ada bersamanya adalah kakaknya. Arif juga memberitahu Julia bahawa dalam perjalanannya untuk bertemu dengan Julia, dia telah memberitahu hal mereka kepada kakaknya dan kakaknya ingin menemui Julia. Julia gembira mendengar hal itu. Kisahnya bersambung. ..

SINOPSIS JULIA JULI EPISODE 20 (END)

Arif melamar Julia. Setibanya Julia di rumah, dia memberitahu Ju dan Sofia berita baik tersebut. Sofia dan ju tumpang gembira mendengar Julia akan berkahwin tidak lama lagi. Walaupun begitu, Julia memberitahu mereka berdua bahawa ibubagapnya tidak akan merestui perkahwinannya. Julia bercadang untuk membawa Ju dan Sofia pulang ke kayangan bersamanya untuk mendapat restu daripada ibubapanya. Sofia dan Ju tidak tahu Julia ingin membawa mereka ke mana dan mereka ingatkan Julia cuma ingin membawa mereka ke suatu tempat yang menarik sahaja.

Arif memberitahu Julia bahawa Adrian sudah beransur pulih dan ingin berjumpa dengan Julia. Julia sudah bersedia untuk pulang ke kayangan. Dia meminta Ju dan Sofia tukar pakaian dan memakai baju berwarna putih yang lebih kurang sama dengan apa yang dipakainya. Mereka bertiga akhirnya sampai ke kayangan. Jula dan Julu begitu gembira dapat bertemu dengan ibubapa mereka dan mereka ingat semula apa yang telah berlaku dan siapa mereka. Julia meminta maaf kepada ibunya. Jula dan Julu memberitahu ibu mereka kehidupan di bumi agak seronok juga.

Juli memaklumkan kepada ibunya bahawa dia tidak akan berkahwin dengan Putera Adika kerana dia ingin berkahwin dengan Arif. Julia harap ibunya dapat merestuinya. Putera Adika sampai di negeri di mana Juli tinggal untuk menemuinya. Tetapi Juli enggan bertemu dengannya. Juli juga diperintahkan oleh ayahnya untuk memulangkan kalungnya kepada ayahnya. Sewaktu Juli bertemu dengan Putera Adika dia sudah ada lelaki lain dalam hatinya dan dia tidak mahu berkahwin dengan Putera Adika. Juli meminta Putera Adika untuk membatalkan perkahwinan mereka. Menurut Juli lagi, dia telah jatuh cinta dengan orang lain dan lelaki itu bukannya Putera Adika.

Setelah Juli beredar dari situ, Putera Adika berasa dukacita kerana cintanya telah ditolak tetapi setelah dia fikir dengan lebih dalam, dia memberitahu Indera, pembantunya bahawa dia akan tetap berkahwin dengan Juli walau dengan apa cara sekalipun. Putera Adika menculik Juli dan memberitahunya bahawa dia akan memaklumkan kepada semua orang bahawa Juli tidak suci lagi. Juli pula berkata dia masih suci tetapi mengikut kata Putera Adika tidak lama lagi Juli tidak akan suci selepas hari keesokannya. Tuanku diberitahu oleh pengawalnya bahawa Juli telah dilarikan orang dan tuanku dapat mengagak semua itu adalah perbuatan Putera Adika. Putera Adika pula memberitahu Indera dan pembantunya yang lain bahawa dia akan membuat Juli bersujud di depannya walaupun Indera menasihatinya agar melepaskan Juli dan tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap Juli.

Julu dan Jula turun ke bumi dan menjelaskan apa yang telah berlaku kepada Arif. Mereka juga berkata bahawa mereka sebenarnya adalah adik-beradik. Selepas itu, Jula dan Julu membawa Arif ke kayangan bersama mereka. Arif memberi kepastian kepada tuanku bahawa dia akan menyelamatkan Juli dan membawanya pulang. Arif pergi ke tempat di mana Juli disembunyikan dan akhirnya Juli berjaya diselamatkan. Tuanku mengucapkan terima kasih kepada Arif dan dia berjanji akan memberi ganjaran kepada Arif kerana telah menyelamatkan anaknya tetapi dia tidak akan membenarkan mereka berkahwin kerana mengikutnya sekiranya dia berbuat demikian, itu akan melanggar adat di kayangan. Arif fmemberitahu Tuanku dia faham dengan keadaan tersebut. Sebelum pulang ke bumi, Arif meminta Juli untuk menerima hakikat bahawa mereka tidak dapat bersama lagi. Menurut Arif, Juli akan terus kekal dalam hatinya dan Juli akan menjadi penyuluh di hatinya untuk dia meneruskan kehidupannya.

Di penghujung episode menceritakan bahawa Julu pergi berjumpa dengan kakaknya, kalung Juli dikembalikan kepada Juli yang telah dicuri oleh Julu agar Juli dapat turun ke bumi semula. Tuanku mendapat tahu hal ini dan dia memanggil nama JULI dengan nada yang tinggi ............. TAMAT.


Courtesy of helloskyblu

0 comments:

Post a Comment

 
Top