Sinetron Putri Yang Terbuang bersambung dalam episod 47 pada 15 Ogos 2008, Jumaat di Astro Prima Saluran 105 pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.
Episod 47 Sinetron Putri Yang Terbuang yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang setiap hari Jumaat hingga Ahad
Dibintangi oleh Pelakon:
Marshanda sebagai Putri
Rionaldo Stokhorst sebagai Raja
Raya Kohandi sebagai Linda
Chacha Frederica sebagai Tabitha
Gading Marten sebagai Febian
Meriam Bellina sebagai Asti
Dina Lorenza sebagai Yuna
Drg Fadli sebagai Carlos
Ria Probo sebagai Susan
Leily Sagita sebagai Rima
Yadi Timo sebagai Yudi
Episod 47 pada 15 Ogos 2008
Dengan hati yang berat, Raja terpaksa menuruti syarat Carlos supaya Asti dapat dibebaskan daripada dipenjarakan. Asti berasa gembira kerana telah dibebaskan Raja menjemputnya pulang dari penjara ke kediaman baru Yudi. Linda juga turut gembira melihat kepulangan Asti. Begitu juga Yudi, suaminya.
Raja meminta diri tetapi Asti tidak mahu melepaskannya. Kata Raja dia ada urusan yang perlu diselesaikannya. Selepas itu, Asti memberitahunya bahawa dia akan menunggunya pulang. Raja memeluk ibunya dan meminta maaf atas semua kesalahannya.
Sewaktu di kediaman Carlos, Raja sedih terkenangkan ibunya. Yuna menasihati Raja melupakan sahaja Yudi dan Asti dan mengatakan dia telah mengambil keputusan yang tepat, meninggalkan mereka.
Yudi pula terkenangkan kata-kata anaknya, Raja mengenai keputusannya untuk memutuskan perhubungan dengan ibubapanya demi untuk melepaskan Asti. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan hal yang sebenar kepada Asti. Sewaktu makan malam, Raja terasa seperti terasing dari keluarga Carlos.
Dalam perjalanan ke dapur, Raja terdengar dua orang pembantu Carlos bercakap tentang Raja dan juga bagaimana Putri adalah anak kandung Carlos yang sebenar. Raja menegur mereka supaya tidak gosip tentangnya.
Yudi memberitahu Asti bahawa rumah lama mereka telah disita oleh Carlos kerana pemilik rumah itu adalah nama Yuna. Linda memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Asti iaitu Raja atidak mungkin akan pulang ke pangkuan mereka. Asti berasa marah mendengar hal itu daripada Linda dan Yudi. Dia terus pergi ke rumah Carlos.
Apabila Yuna membuka pintu, dia mencekik Yuna dan menanyakan Yuna di mana Raja berada. Raja ingin pergi melihat apa yang telah berlaku tetapi tidak dibenarkan oleh Carlos dan dia memaksa Raja untuk kembali ke kemarnya.
Raja enggan berbuat demikian dan pergi berjumpa dengan ibunya. Apabila Asti melihat Raja di situ, dia melepaskan Yuna. Raja meminta maaf daripada Carlos kerana terpaksa mengingkari janjinya kepada Carlos untuk memutuskan segala perhubungan dengan ibubapanya.
Dia tidak sanggup melihat ibunya yang begitu merinduinya. Walaupun Carlos memberitahu Raja bahawa dia akan kehilangan segala yang dimilikinya termasuk hubungannya dengan Putri sekiranya dia meninggalkan rumah itu bersama Asti, Raja tetap dengan pendiriannya.
Carlos memberi amaran kepada Yuna bahwa mulai daripada saat itu, Raja tidak boleh berhubung dengan Putri. Adakah Raja dapat melupakan Putri begitu sahaja? Jangan lupa untuk terus mengikuti episod selanjutnya pada hari esok, 16 Ogos 2008, Sabtu pada waktu yang sama.
Sekian, daripada sapphire blu untuk semua.
0 comments:
Post a Comment