Kisah sinetron Salah Mencinta di Astro Aruna Saluran 121 bersambung dalam episod 15 dan 16 pada jam 1.00 hingga 2.00 petang pada hari Isnin
Episod 15 Sinetron "Salah Mencinta" pada 28 dan 29 Julai 2008 jam 1.00 - 2.00 petang
Dibintangi oleh pelakon:
Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun
Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline
Lirik lagu Hanya Ingin Kau Tahu - Republik
Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo
Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo
Episod 15
Santi menjalinkan hubungan dengan Bayu yang baru sahaja dikenalinya tanpa mengetahui latar belakangnya yang sebenar. Sudah lima hari mereka bersama. Apakah agaknya Santi inginkan daripada Bayu sehingga dia sanggup mengadakan hubungan dengannya. Atau adakah Santi tersilap memilih orang?
Isteri Bayu, Lila curiga apabila tiada sebarang berita Bayu selama lima hari. Nina memberitahu abangnya dia sudah membuat keputusan untuk berkahwin dengan teman lelakinya.
Santi terasa dia tersilap kenal dengan Bayu tetapi dan cuba meninggalkannya. Malangnya dia bertembung dengan Bayu di depan pintu hotel bilik. Dapatkah Santi melepaskan dirinya daripada Bayu?
Setibanya di rumah, Bayu memberitahu isterinya bahawa dia mahu menceraikannya dan menikahi Santi. Apabila isterinya, Lila enggan bercerai dengannya, Bayu menolaknya dari balkoni kamar. Santi berasa takut melihat kelakuan Bayu yang begitu kejam.
Bayu bercadang untuk berkahwin dengan Santi dan mengadakan majlis yang terbesar. Santi menyesal kerana dia telah terperangkap dalam tangan Bayu. Pembantu rumah Bayu meminta Santi agar berjaga-jaga dengan Bayu yang sadis. Dia memberitahu Santi yang dia telah menyesal memberi kenyataan palsu tentang kematian puannya Lila sewaktu membuat laporan polis.
Fahri memberitahu Sinta bahawa ayahnya mengalami krisis kewangan dan hampir muflis.Sinta rasa sukar untuk mempercayainya kerana selama ini mamanya tidak pernah menceritakan keadaan syarikat papanya serta mamanya yang sedang sakit.
Feri meminta maaf kepada Aryo kerana mengkhianatinya dalam syarikat. Dia berjanji untuk menebus kesalahannya. Pembantu Bayu menolong Santi melarikan diri sewaktu Bayu masih nyenyak tidur. Apabila Bayu terjaga dia mendapati Santi sudah hilang. Bayu dan dua orang pengawalnya mencari Santi di sekitar tempat yang berdekatan dengan kediamannya tetapi hampa kerana tidak dapat menemui Santi. Dia berkata bahawa dia tidak akan melepaskan Santi sekiranya dia dijumpai.
Tia memberitahu mamanya dia ingin bertemu dengan Dodi sekali lagi untuk memeberitahu Dodi bahawa dia akan berhenti menemuinya dengan syarat mereka dibenarkan terus tinggal di kediaman mereka. Dalam perjalanan keluar dari rumah, Feri memberi berita baik kepadanya bahawa dia membenarkan Tia dan mamanya terus tinggal di situ dan membayar hutang seperti biasa, secara ansuran. Tetapi syaratnya adalah Tia mesti membuat laporan polis mengenai Dodi yang telah menyebabkannya mengandung dan keguguran.
Episod 16
Aryo ragu-ragu samada Tia dan Mira akan membuat laporan polis seperti yang diminta oleh Feri. Suami Nina, Dika merayu kepada Nina agar Nina meminta wang daripada abangnya untuk membuka perniagaan sendiri. Apabila Nina enggan berbuat demikian, Dika terus mendesaknya.
Santi yang licik itu ingin melepaskan diri daripada Bayu, lalu memberi alamat kediaman mereka kepada Bayu supaya Sinta akan disangkakannya adalah dia. Santi mempunyai rancangan untuk bertukar pengenalan dengan Sinta. Setibanya di depan rumah mamanya, Sinta diculik.
Santi mencari diari Sinta untuk mengetahui apakah kebiasaan yang dilakukannya harian dan akhirnya menjumpai diari tersebut di dalam almari. Santi berkata kepada dirinya bahawa mulai saat itu dia akan menjadi Sinta dan Fahri adalah miliknya.
Dodi pergi berjumpa dengan Tia di rumahnya dan melamar Tia. Tia begitu gembira dengan lamaran tersebut tetapi mamanya, Mira menghalau Dodi dari situ. Walaupun Tia melarang Tia daripada menelefon Dodi untuk menerima lamaran Dodi, tetapi Tia tetap mahu mengahwini Dodi.
Nina terkejut melihat Dika pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan berkelakuan kasar terhadapnya. Nina kecewa dengan sikap suaminya itu. Keesokan harinya, Nina menerima nota daripada Dika menyuruhnya meminta wang daripada abangnya dengan alasan untuk masa depan mereka.
Bayu membawa Sinta ke Jakarta untuk membuktikan bahawa kata-kata Sinta adalah benar atau tidak. Bayu memberi amaran kepada Sinta sekiranya dia ditipu olehnya dia tidak akan melepaskannya. Episod ke-16 berakhir di sini dan akan bersambung dalam episod ke-17.
0 comments:
Post a Comment