AKADEMI FANTASIA MUSIM KETUJUH JANJI KELAINAN
Kombinasi tenaga pengajar baru dan lama bakal cetus transformasi luar biasa

Kuala Lumpur, 10 Februari 2009 – Teka-teki selama ini tentang siapakah yang bakal mengacara dan menerajui barisan tenaga pengajar bagi program realiti nyanyian popular Akademi Fantasia musim ketujuh terjawab pada sidang media pada petang tadi. Akademi Fantasia yang bakal bersiaran di Astro Ria (saluran 104) membawa kembali AC Mizal dan Sarimah Ibrahim untuk mengemudikan program realiti popular; Akademi Fantasia di samping memperkenalkan barisan baru tenaga pengajar untuk musim ketujuh ini.

Akademi Fantasia musim ketujuh dengan bangganya memperkenalkan kombinasi wajah-wajah baru dan lama yang bakal menjadi titik tolak permulaan kejayaan bagi bakal bintang-bintang Akademi Fantasia yang sedang dalam proses dikenalpasti seperti Siti Hajar Ismail, Syafizawati Sharif dan Fatimah Abu Bakar. Di samping itu, Akademi Fantasia juga dengan bangganya membawa masuk wajah-wajah baru seperti A.Aris Kadir, Ida Nerina dan Hasrridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis ke dalam keluarga Akademi Fantasia musim ketujuh.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, En Khairul Mizan, ”Selama enam musim Akademi Fantasia bersiaran, kami amat menitikberatkan soal pemilihan barisan tenaga pengajar kerana kami percaya mereka merupakan tulang belakang utama dalam melahirkan bintang Akademi Fantasia pada setiap musim di samping usaha gigih dari para pelajar itu sendiri.”
”Pada musim ini, Akademi Fantasia amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar pada musim ini,” tambah Khairul lagi.

Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi akan berkhidmat sebagai guru vokal teknikal, Siti Hajar akan berkongsi ilmunya dengan para pelajar selaku guru vokal persembahan dan Fatimah Abu Bakar akan berkhidmat sebagai guru motivasi dan Bahasa Inggeris. Keluarga Akademi Fantasia pada musim ketujuh ini juga akan disertai oleh tiga tenaga pengajar baru seperti Ida Nerina yang akan berkhidmat sebagai guru lakonan dan Hashridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis selaku pengarah muzik. Buat julung-julung kalinya, Akademi Fantasia memperkenalkan A.Aris Kadir yang akan berkhidmat selaku guru tarian dan pereka tari untuk musim ketujuh ini.
(sila rujuk lampiran 1 untuk profil lengkap tenaga pengajar)

”Kami amat mengalu-alukan kedatangan pereka tari tersohor, A.Aris Kadir; pelakon berpengalaman yang versatil; Ida Nerina dan pemuzik terkenal; Hashridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis untuk menyertai keluarga Akademi Fantasia pada musim ketujuh ini. Kami percaya sumbangan besar dan pengalaman luas mereka dalam bidang seni dapat menyumbang kepada kejayaan Akademi Fantasia pada musim ketujuh.

Di samping itu, kami ingin mengucapkan selamat kembali kepada dua pengacara mantap yang telah menaikkan nama program Akademi Fantasia pada musim lepas; AC Mizal dan Sarimah Ibrahim. Komitmen dan prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan pada musim lepas membuatkan pihak produksi teruja dan tidak teragak-agak untuk menyambung perkhidmatan mereka pada musim ini. Kami percaya AC dan Sarimah akan terus menaikkan maruah program ini ke peringkat yang lebih tinggi dan akan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaik mungkin,” ujar Khairul lagi.

AC Mizal diberi kepercayaan untuk menerajui Konsert Akademi Fantasia, manakala Sarimah Ibrahim akan menjadi pengacara bagi program Diari Akademi Fantasia dan Diari INT AF

Pada musim ketujuh ini, Akademi Fantasia dengan bangganya memperkenalkan dua program baru iaitu Diari EXT AF7 dan Diari INT AF7. Berikut ialah senarai program-program yang bakal menghiasi sepanjang musim Akademi Fantasia:

*SILA KLIKKAN JADUAL DI ATAS UNTUK MEMBESARKANNYA (PLEASE CLICK ON THE TABLE ABOVE FOR VIEWING THE ENLARGED IMAGE)

PEMENANG-PEMENANG AKADEMI FANTASIA PADA MUSIM 1 HINGGA MUSIM 6

AKADEMI FANTASIA 1:

1.Vincent Chong Ying Cern
2.Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi
3.Ahmad Azizi Mohamed














AKADEMI FANTASIA 2:

1.Ahmad Zahid Baharuddin
2.Norlinda Nanuwil
3.Mohd Aizam Mat Saman















AKADEMI FANTASIA 3:

1.Asmawi Ani
2.Felix Agus
3.Amylea Azizan

















AKADEMI FANTASIA 4:

1.Mohammad Faizal Ramly
2.Lotter P.Edwin Edin
3.Nur Farhan Azizan
















AKADEMI FANTASIA 5:

1.Norsyarmilla Jirin
2.Ebi Kornelis
3.Muhammad Nur Aswad Jafar
















AKADEMI FANTASIA 6:

1.Stracie_Angie_Anam
2.Mohd Idris Mohd Zaizizi
3.Ahmad Nubhan Ahamad
















PROFIL/BIODATA 14 ORANG PELAJAR AKADEMI FANTASIA 7

MINGGU PERTAMA (14/3/09)KONSERT AKADEMI FANTASIA 7

MINGGU KEDUA (21/3/09) KONSERT AF7 & TUGASAN PELAJAR


MINGGU KETIGA (28/3/09) KONSERT AF7 & TUGASAN PELAJAR

KEPUTUSAN MINGGU KETIGA KONSERTA AF7

TUGASAN DAN KEDUDUKAN TERKINI AF7 MINGGU KEEMPAT

KONSERT AF7 MINGGU KEEMPAT (04/04/09)

TUGASAN DAN KEDUDUKAN TERKINI AF7 MINGGU KELIMA

KONSERT AF7 MINGGU KELIMA (11/04/09)

TUGASAN PELAJAR DAN KEDUDUKAN TERKINI AF7 MINGGU KEENAM

KONSERT AF7 MINGGU KEENAM (18/04/09)

TUGASAN PELAJAR DAN KEDUDUKAN AFUNDI TERKINI AF7 MINGGU KETUJUH

KONSERT AF7 MINGGU KETUJUH (25/04/09)

TUGASAN PELAJAR DAN KEDUDUKAN AFUNDI TERKINI AF7 MINGGU KELAPAN

KONSERT AF7 MINGGU KELAPAN (2/05/09)

TUGASAN PELAJAR DAN KEDUDUKAN AFUNDI TERKINI AF7 MINGGU KESEMBILAN

KONSERT AF7 MINGGU KESEMBILAN (9/05/09)

TUGASAN PELAJAR DAN KEDUDUKAN AFUNDI TERKINI AF7 MINGGU AKHIR

KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA MUSIM KETUJUH




Credits and thanks to the source ASTRO Malaysia

0 comments:

Post a Comment

 
Top